Sabtu, 24 April 2010

Rukun Iman

Rukun Iman ada lima.Kita mestilah beriman kepada 6 rukun itu.

Rukun Iman :

1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.

2. Beriman dengan para malaikat.

3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

4. Beriman dengan para Rasul.

5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Rukun Islam

Rukun islam ada lima.Jika satu rukun tidak ada pada seseorang islam, maka cukupkanlah kerana anda tak akan dikenali sebagai 'islam' kalau tidak cukup.

Rukun islam :

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

Pada pandangan saya, Beijing merupakan sebuah kota besar yang lapang. Memang banyak bangunan besar, tinggi dan unik di sini termasuk bangunan lama yang menyimpan 1001 sejarah China yang ‘hebat’. Ia dikatakan lapang kerana susunan bangunannya yang agak jauh antara satu sama lain. Jalan rayanya lebar-lebar.

Sedang asyik melihat panorama Beijing, tiba-tiba pandangan mata kami tertumpu kepada sesuatu yang menarik dan comel. Rupa-rupanya, anjing-anjing di sini turut berpakaian seperti manusia. Ada yang berbaju sahaja. Ada yang berbaju dan berseluar. Agaknya dek kerana semakin ramai manusia mahu menjadi haiwan dengan berbogel tanpa segan silu, maka haiwan pula mengambil tempat manusia dengan berpakaian. Jika berbogel mendapat tempat meluas di web-web dan blog-blog yang kuno, fesyen pakaian anjing juga turut memiliki webnya sendiri. Inilah nilai kebanyakan manusia di zaman sekarang. Mereka menukar harga diri mereka dengan haiwan yang tidak berakal.Kenapa dengan umat islam zaman sekarang?
Sudah tak ada malu? Tak ade akal? Haiwan sudah menggantikan akal kita ker?
Tatapilah

Ahad, 18 April 2010

Renungkan ......

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Sabtu, 17 April 2010

Motto Blog Islam Agama Kita...

Bahawanya kami, saudara2 seislam.Berikrar akan taat kepada Allah , Rasul , Ibu bapa.
Menunaikan kewajipan sebagai umat islam yang soleh dan solehah.
Berjanji akan :

Percaya kepada Allah sepenuh hati.
Contohi dan sayangi Nabi Muhammad S.A.W
Sayangi Ibu Bapa dan taat kepada mereka.
Tidak berhenti berusaha untuk meningkatkan iman dan mendapatkan syurga.
Sentiasa bersedia untuk mengharungi dugaan.

Jumaat, 16 April 2010

Warna maghrib...

Huh, ustazah ana baru bagitau warna maghrib iaitu warna ... merah! OwOw, Warna merah ni kegemaran syaitan yang direjam... Jadi, janganla keluar masa maghrib ya! Dduk rumah je, berzikir...
lailahaillallah (100x) banyakkan berzikir!

Ahad, 4 April 2010

Doakan saya....

Bismillahirrahmaniraahim

Doakan saya....menjadi hamba allah yg berguna.
Doakan saya....menadi anak yg solehah.
Doakan saya....cemerlang di dunia dan akhirat.
Doakan saya....panjang umur.
Doakan saya....dapat melepasi hisab.
Doakan saya....menang pertandingan bercerita!!!

waala aalihi wasohbihi wasalam walhamdulillahirabbil alamin... Doakan tau..saudara sesama islam harus doa mendoakan.Syukran.

Khamis, 1 April 2010

Nak tahu siapa ana sebenar ? Baca Biodata!

Nama : Ezze Farhana Binti Mohd Taam Bin Hj Sobri

Umur: 11 tahun / darjah 5

Tarikh L:6/3/1999

Tempat L:Hospital Kota Bharu , Kelantan

Sekolah : Sk kiaramas

Makanan K:Apa sajalah asalkan sedap, halal, dan toyyibah!

Minuman K:Rujuk jawapan makanan K

Ana rasa itu je assalamualaikum!