Pada pandangan saya, Beijing merupakan sebuah kota besar yang lapang. Memang banyak bangunan besar, tinggi dan unik di sini termasuk bangunan lama yang menyimpan 1001 sejarah China yang ‘hebat’. Ia dikatakan lapang kerana susunan bangunannya yang agak jauh antara satu sama lain. Jalan rayanya lebar-lebar.
Sedang asyik melihat panorama Beijing, tiba-tiba pandangan mata kami tertumpu kepada sesuatu yang menarik dan comel. Rupa-rupanya, anjing-anjing di sini turut berpakaian seperti manusia. Ada yang berbaju sahaja. Ada yang berbaju dan berseluar. Agaknya dek kerana semakin ramai manusia mahu menjadi haiwan dengan berbogel tanpa segan silu, maka haiwan pula mengambil tempat manusia dengan berpakaian. Jika berbogel mendapat tempat meluas di web-web dan blog-blog yang kuno, fesyen pakaian anjing juga turut memiliki webnya sendiri. Inilah nilai kebanyakan manusia di zaman sekarang. Mereka menukar harga diri mereka dengan haiwan yang tidak berakal.Kenapa dengan umat islam zaman sekarang?
Sudah tak ada malu? Tak ade akal? Haiwan sudah menggantikan akal kita ker?
Tatapilah


2 Ulasan:
Malulah manusia!!!
Hai...Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang...Maklumlah manusia akhir zaman...I_I
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama